
GUIDE / BIMBINGAN
PEMBELIAN KENDERAAN YANG DI TARIK OLEH BANK / ‘FINANCE’
YANG DIJUAL SECARA LELONG



Dalam keadaan ekonomi yang agak suram, muram dan kita pun bukanlah ada banyak duit pun.






Jualan LELONG Kenderaan yang telah di buat lebih 10 tahun yang lalu. LELONGAN kenderaan dibuat kerana kegagalan pemilik asal yang gagal membuat bayaran bulanan kepada pihak 'finance' atau Syarikat Kewangan Berlesen. Kebanyakan pembeli kenderaan LELONG ini adalah 'dealer' atau penjual-penjual kereta terpakai dari seluruh
Asas pada khidmat atau 'GUIDE' pembelian kenderaan LELONG, bukanlah memberikan apa-apa janji-janji manis sebagaimana penjual ubat ditepi kaki

Mungkin kealpaan pembeli mengenai undang-undang iaitu bidang kuasa beberapa agensi kerajaan keatas kenderaan. Saman yang tertunggak samaada dengan polis atau jpj, ubahsuai kenderaan kenderaan dengan puspakom dan kastam dan pelbagai lagi prosedur biasa yang perlu diketahui oleh pembeli.
Dan terdapat juga kenderaan yang tidak mempunyai 'geran' atau kad pendaftaran. Oleh itu, 'GUIDE' diberikan bagi memastikan kenderaan yang dibeli MURAH dan SELAMAT. http://lelongline.blogspot.com
Mengenai soalan-soalan biasa yang dikemukakan, mengenai keadaan kenderaan ianya boleh di'periksa' sebelum pembelian dibuat dan jika pembelian dibuat tanpa pemeriksaan dibuat ianya kesilapan sendiri.
Banyak pertanyaan yang meminta supaya carikan kenderaan tertentu dan simpan nanti pembeli berkenaan datang dan beli, di tempat kenderaan LELONG perkara ini tidak boleh dibuat. Proses LELONGAN kenderaan dimana wakil dari pihak Bank atau syarikat kewangan turut ada semasa LELONGAN dibuat.
Diakui bahawa langkah berhati-hati adalah amat baik tetapi jika jadi takut atau sehingga 'fobia' boleh menghantui pemikiran dan apa pun tak boleh buat. Suka saya fahamkan bahawa negara
Dan sebagai langkah keselamatan, kini di pusat LELONGAN menyediakan pemeriksaan oleh puspakom cuma perlu membayar sebanyak RM50.00 bagi setiap unit kenderaan yang dibeli.
Pertanyaan mengenai lokasi LELONGAN diadakan, sebab ada yang nak pergi tengok dulu samaada betul atau tidak ada tempat kenderaan LELONG. Apabila diberitahu lokasi, nanti ditanya pula proses untuk nak membeli dan pelbagai pertanyaan lagi. Kadang-kadang di rasakan bahawa saya sebagai kaunter pertanyaan.
Bagi memudahkan pembeli kenderaan LELONG, semua maklumat mengenai kenderaan LELONG ini akan diberikan setelah fees 'GUIDE' dibuat. Dan ada yang menyatakan bahawa masuk di tempat kenderaan LELONG tidak perlu buat apa-apa bayaran. Sekarang ini nak kencing pun kena bayar bukannya nak minum saja yang kena bayar. Memandangkan mentaliti 'subsidi' sudah sebati dalam benak dan sanubari maka semuanya ingat dapat 'free'. Orang lain dah pun jadi kaya raya daripada asalnya apapun tak ada dan kita dari ada segala-galanya dan sekarang satu demi satu hilang entah kemana.
Adalah diingatkan bahawa terdapat pelbagai penipuan jualan kenderaan yang di tawarkan dengan harga murah. Sebagaimana pendedahan dimedia, kenderaan curi atau kenderaan yang di'tarik' oleh pihak 'finance' yang di serahkan pada pihak berkenaan. Juga terdapat sendikit atau kumpulan yang membuat salinan 'geran' atau kad pendaftaran kenderaan. Jika pembeli terpedaya, dapat masuk lokap dan ditangkap polis kerana memiliki dokumen palsu dan kenderaan curi. Ubahsuai nombor pendaftaran pada injin, penyambungan kenderaan dan pelbagai lagi. Oleh kerana ada permintaan pada barang curi ini, maka adalah pembekalnya.
Jika pencurinya yang kena tangkap, okeylah tetapi yang selalunya kena pembelinya. Inilah faedahnya nak dapat kenderaan secara mudah dan murah yang akhirnya mendapat padah. Sebagai langkah-langkah berhati-hati pembeli perlu merujuk pada pihak berkuasa seperti JPJ, PUSPAKOM dan POLIS sebelum membeli kenderaan yang ditawarkan mudah dan murah.
Pengetahuan adalah penting dalam membuat keputusan, mengenai pembelian kenderaan LELONG ini, pembeli di bawa ke tempat LELONGAN dan dimaklumkan prosedur dan proses pembelian kenderaan LELONG. Perkara-perkara yang perlu diketahui sebelum membuat keputusan membeli kenderaan LELONG.
Kebanyakkan 'dealer usedcar' mendapatkan kenderaan untuk dijual diambil dipusat kenderaan LELONGAN ini. Untuk makluman, semua bank-bank atau finance yang memberikan pinjaman kenderaan ianya berpusat di
Dan apa bila kenderaan ini ditarik ianya dibawa ke
Sebagai contoh yang mudah, jika terdapat nombor plat J di usedcar dikedah, tak kan lah orang johor nak ke kedah untuk 'treade-in' kereta, jika kemungkinan orang kedah kerja di johor atau lain-lain sebab, jika seunit dua okeylah tetapi jika kat kedah terdapat macam-macam plat melaka, terengganu dan lain-lain. Kebiasaannya 'dealer usedcar' akan mendapatkan kenderaaan dipusat LELONGAN.
Jadi tidaklah jadi perkara pelik jika selama ini pembeli di'usedcar' beli kenderaan yang diambil oleh 'dealer' dipusat LELONGAN. Walaupun ada 'dealer' yang jual kenderaan yang di'treade-in' tetapi kebanyakkan mendapatkan kenderaan LELONG. Ini adalah kerana harga pembelian dipusat LELONGAN lebih menarik dan menguntungkan. http://lelongline.blogspot.com
Banyak lagi perkara yang perlu di ketahui oleh pembeli kenderaan LELONG, saya alu-alukan sebarang pertanyaan dan terus SMS dan lebih baik terus CALL 013 255 2000 - Haji Nadzri . dan ada yang suka sms saja, kadang-kadang saya agak sibuk dan tak balas sms jadi saya syorkan supaya terus CALL dan dapat kita bersoaljawab dengan mudah. Dan kadang-kadang ada yang nak email, untuk makluman saya kurang masa nak baca email.
Sekadar panduan, di sertakan gambar-gambar kenderaan LELONG, ada juga yang nak gambar yang terkini atau list kenderaan LELONG terkini. Jika nak tengok yang terkini, saya syorkan masuk lah ke tempat kenderaan LELONG dan pilihlah kenderaan yang jadi idaman anda mengikut kemampuan anda......
TERKINI DAN TERHANGAT LELONG KERETA BANK
TERKINI DAN TERHANGAT DI PASARAN
Panduan pembelian kenderaan LELONG yang boleh dilihat melalui youtube, terdapat penjelasan, tempat LELONGAN dan proses jualan kenderaan LELONG. Ianya boleh terus di ikuti melalui youtube
PEMBELIAN KENDERAAN LELONG
Proses pembelian kenderaan yang dijual secara LELONG ini adalah begitu mudah. Anda dibawa ke tempat jualan kereta LELONG, GUIDE diberikan dimana harga kenderaan dari RM 500.00 atau 1/3 dari harga pasaran. Pilihlah sendiri kenderaan yang diingini. Ini telah dinyatakan pada kenyataan sebelum ini namun masih lagi terdapat kekeliruan kerana kegagalan memahami apa yang dinyatakan.
Masih ada lagi meminta untuk mencari kenderaan yang diingini dan berikan padanya. Ini agak sukar kerana proses pembelian kenderaan yang dijual secara LELONG ini berbeza dengan jualan kenderaan oleh secondhand usedcar/penjual kenderaan terpakai.
Juga masih ada lagi yang hanya ingin 'lihat tempat' dan sebagainya. Jika hanya untuk melihat-lihat ini mungkin membuang masa, ini adalah tempat jualan kenderaan LELONG ini bukanlah satu distinasi pelancongan atau tempat lawatan.
Di pusat jualan kenderaan LELONG merupakan stor tempat penyimpanan kenderaan yang dikawal keselamatannya yang hanya dibuka pada hari2 tertentu. Hanya pada hari lelongan tempat ini dibuka dan sebahagian kenderaan sahaja yang dibenarkan untuk di'periksa' sebelum proses lelongan bermula.
Walaupun pelbagai kenyataan yang diterangkan mengenai proses pembelian kenderaan LELONG ini, namun pertanyaan yang sama masih lagi di kemukakan. Adalah agak sukar untuk memberikan kefahaman, lebih-lebih lagi jika hanya melalui SMS dan lebih kritikal jika hanya membuat miss call. Jika pembeli tiada komitmen dan tidak serius, ini sebenarnya dapat dikenali melalui tindakan yang dibuat dan kebiasaannya ianya tidak akan diberikan perhatian. Diharapkan supaya pembeli terus CALL 013 255 2000 - Haji Nadzri jika ada apa-apa pertanyaan dan ini akan diterangkan atau diberikan penjelasan.
Satu lagi pertanyaan yang sering ditanya berulang-ulang kali ialah:
'BILA TARIKH LELONGAN DIBUAT' ?.
Pada setiap SABTU dan AHAD SETIAP MINGGU kecuali pada cuti Hari Raya Puasa dan Tahun Baru Cina serta tertakluk pada pindaan pihak bank/pusat lelongan. Ini memberikan maksud bahawa pada setiap SABTU dan Ahad pada setiap MINGGU ada LELONGAN kenderaan dibuat.
Terdapat juga pertanyaan 'MASIH ADA LAGIKAH JUALAN KERETA LELONG' ?
Selagi ada pembelian kenderaan melalui pinjaman Bank, selagi itulah ada jualan kenderan secara LELONG. Sekali lagi adalah di harapkan supaya pembeli CALL 013 255 2000 - Haji Nadzri jika ada apa-apa pertanyaan.

MASA YANG SESUAI PEMBELIAN KENDERAAN LELONG
Terdapat pertanyaan dari pembeli, "Bilakah masa yang sesuai untuk membeli kenderaan yang dijual secara LELONG". Sememangnya ada masa-masa yang sesuai namun ianya perlulah mengikut prosedur biasa. Diharapkan pembeli dapat CALL 013 255 2000 - Haji Nadzri bagi mendapat maklumat mengenainya.

PELBAGAI MENGENAI KENDERAAN
Pelbagai pertanyaan yang ditanya dan untuk memudahkan semua visitor lelongline, dinyatakan antara soalan-soalan biasa ditanya. Supaya dengan ini dapat membantu semua visitor
Soal : Dimana tempat kenderaan LELONG ini ?
Jawapan: Terdapat 2 tempat atau stor yang terbesar kenderaan yang dijual secara LELONG, 1 di jalan PJ Old Town, PJ dan 1 lagi di Jln Cheras Kuala Lumpur. Alamat dan no. telefon tempat jualan kenderaan LELONG ini akan hanya diketahui setelah pembeli masuk ke tempat berkenaan. Memandangkan tempat kenderaan LELONG ini hanya dibuka pada masa pemeriksaan dan semasa LELONGAN dan ianya tidak boleh masuk sesuka hati bagi tujuan keselamatan.
Soal: Bagaimanakah keadaan kenderaan yang di LELONG ?
Jawapan: Pertanyaan ini biasanya mengandaikan bahawa keadaan kenderaan yang diLELONG adalah yang hancur, dah rosak dan pelbagai andaian-andaian yang negetif. sebagai jawapan yang agak logik, jika kenderaan rosak, hancur dan tidak selamat untuk digunakan, adakah ianya boleh dijual dan adakah orang-orang yang membeli kenderaan LELONG ini yang kebanyakkannya dealer secondhand usedcar bodoh jika beli kenderaan yang rosak. Namun begitu wajar difahamkan bahawa jika keadaan kenderaan yang boleh di lihat seperti pecah, part missing atau apa-apa yang boleh dilihat pada kenderaan berkenaan, ianya mudah bagi membuat keputusan samaada beli atau tidak. Tetapi perkara-perkara yang tidak dapat di lihat seperti masalah-masalah yang ada kaitan dengan JPJ PUSPAKOM POLIS KASTAM dan inilah tujuan 'GUIDE' diberikan supaya kenderaan yang dibeli MURAH dan SELAMAT.
Soal: Bagaimanakah proses kenderaan LELONG di buat ?
Jawapan: Ada beberapa 'part' yang perlu difahamkan iaitu pertama kenderaan yang diLELONG ianya samaada dari 'finance' atau bank, syarikat kewangan berlesen atau dealer, syarikat korperat, syarikat, individu, pusat Lelongan dan lain-lain. Kedua cara jualan kenderaan berkenaan adalah secara LELONG oleh juru LELONG berlesen dan bukannya 'tender', jual secara LELONG dimana pembeli disebut sebagai pembida dan jualan secara terbuka, dimana jualan secara 'tender' dimana harga dicatatkan pada borang, dimasukkan kedalam sampul surat dan dimasukkan ke dalam peti tender seterusnya pada tarikh yang ditentukan sampul dibuka dan mana-mana harga tertinggi akan dipilih atau berjaya dalam proses 'tender'. Dua perkara ini biasanya pembeli tidak dapat bezakan. Dan yang dibuat kini adalah jualan secara LELONG. Banyak lagi perkara yang perlu di ketahui, untuk dinyatakan secara terperinci agak sukar dan jika nak tahu lebih, CALL 013 255 2000 - Haji Nadzri
Soal: Bagaimana nak beli kenderaan LELONG ?
Jawapan: Ini adalah perkhidmatan "GUIDE" atau 'tunjuk arah' pembelian kenderaan LELONG, panduan diberikan bagi memudahkan proses pembelian, dengan menyatakan prosedur asas pembelian kenderaan LELONG dan perkara-perkara yang berkaitan dengannya. Bayaran sebanyak RM 2,000 di kenakan bagi tujuan berkenaan, setelah pendaftaran dibuat, pembeli dibawa ke tempat jualan kenderaan LELONG dan selama lebih 5 jam "GUIDE" diberikan.
Kedua-dua tempat jualan kenderaan LELONG di bawa dengan "GUIDE" diberikan. Tujuan ketempat jualan kenderaan LELONG adalah bagi mendapatkan kenderaan pada harga yang MURAH dan jika harga mahal atau lebih kurang sama pada harga pasaran, tidak perlu beli. Antara lain proses pembelian adalah buat pendaftaran, dapatkan kad sebagai pembida, buat pemeriksaan pada kenderaan yang hendak dibeli, masuk proses jualan LELONG, tandatangan 'kontrak', buat bayaran sepenuhnya dan ambil kenderaan. Mengenai "GUIDE" yang diberikan adalah yang berkaitan prosedur atau proses pembelian kenderaan LELONG. Terdapat pelbagai perkara yang perlu di ketahui khususnya mengenai undang-undang yang ada kaitan dengan kenderaan yang dijual secara LELONG.
Soal: Bagaimana cara jualan kenderaan LELONG ?
Jawapan: Pembeli atau dipanggil sebagai 'pembida' perlu mendaftar dan dapatkan kad bidaan, juru lelong berlesen akan melelong kenderaan dan bagi pembida atau pembeli yang berjaya dalam proses lelongan akan menandatangani 'kontrak' sebagai akaun jualan dan perlu menjelaskan bayaran baki dalam masa 7 - 10 hari atau tertakluk pada peraturan pusat lelongan atau Bank yang berkaitan.
Soal: Bolehkah kenderaan di periksa atau di lihat ?
Jawapan: Antara syarat yang ditetapkan ialah dikehendaki membuat pemeriksaan terlebih dulu sebelum membuat bidaan atau pembelian. Tetapi, sebagai pembeli yang tidak pernah melalui proses lelongan, anda diberikan "GUIDE" bagi memudahkan membuat pembelian dan bagi memastikan kenderaan yang dibeli MURAH dan SELAMAT.
Soal: Adakah perlu membuat bayaran bulanan lagi dengan pihak Bank ?
Jawapan: Terdapat kekeliruan bagi pertanyaan ini, pembelian kenderaan LELONG ini bukannya sambung bayar atau ambil kenderaan dengan 'loan' bank. Kenderaan ini hanya boleh di keluarkan dari stor setelah mendapat
Soal: Bolehkah cari atau dapatkan kenderaan yang dikehendaki ?
Jawapan: Jualan secara LELONG ini jauh berbeza dengan jualan di secondhand usedcars, dimana ada masa nak cari dan tunggu selagi kenderaan berkenaan tidak terjual. Jualan secara LELONG ini dengan masa yang terhad, 'list' senarai dikeluarkan biasanya 2 jam sebelum proses jualan LELONG, antara setengah minit ke tiga minit jualan bagi seunit kenderaan dan tiada masa untuk nak beritahu atau nak simpan kenderaan berkenaan. Cara yang terbaik adalah pembeli terus masuk ke tempat jualan kenderaan LELONG dan terus buat pembelian.
Soal: Berapakah harga bagi kenderaan yang dijual secara LELONG ?
Jawapan: Terdapat 3 keadaan atau situasi mengenai harga, pertama lebih Mahal dari pasaran, kedua Lebih kurang dari harga pasaran dan ke tiga lebih murah dari pasaran. Dan tujuan ke tempat jualan kenderaan LELONG adalah bagi mendapatkan kenderaan pada harga lebih murah dari harga pasaran. Jika sebelum ini agak tidak percaya jika dikatakan harga seunit kenderaan cuma RM 500 atau bagi kenderaan yang berharga RM 100,ooo dan boleh di dapati dengan harga RM 30,000 serta perlu difahamkan bahawa jualan kenderaan LELONG ini tidak lagi ditentukan oleh 'value' atau nilai harga pasaran. Harga di tentukan oleh pihak ''bank' atau syarikat kewangan. Bagi memberikan nilai harga sebenar bagi kenderaan agak sukar kerana ianya adalah ketentuan pihak bank dan syarikat kewangan. Jika berpandukan pada kebiasaannya adalah sebagaimana yang dinayakan di atas.
Satu perkara yang perlu di fahamkan bahawa - TIDAK ADA JANJI SYURGA, bagi mendapatkan kenderaan seperti ' CONFIRM, GRANTI, SEMUA OK dan pelbagai lagi. Kerana kebiasaannya pelbagai janji manis atau janji syurga yang diberikan oleh sesetengah pihak.

Sekali lagi perlu di ingatkan bahawa jualan kenderaan secara LELONG ini berbeza dengan jualan kenderaan di secondhand usedcars. Jadi di tempat jualan kenderaan secara LELONG ini khususnya "GUIDE" yang diberikan hanya menyatakan perkara yang sebenarnya saja. Bukan seperti jurujual di secondhand usedcars yang akan memberitahu kereta yang akan dibeli adalah yang tiada kemalangan, amoi yang bawa, semua ok dan macam-macam ayat berbunga-bunga. "GUIDE" diberikan menyatakan keadaan yang sebenarnya bertujuan supaya pembelian kenderaan dibuat MUDAH, MURAH dan SELAMAT. Jika kenderaan berkenaan potong, tiada geran, tukar injen dan pelbagai lagi dimaklumkan. Ini bagi memastikan pembeli mendapat kenderaan yang benar-benar MURAH dan SELAMAT.
soal: Sesudah bayar dan masuk, berapa unit kenderaan boleh dibeli ?
Jawapan: Selagi ada duit dan berapa unit nak ambil tiada had. Dan bayaran RM 2,000 untuk "GUIDE" adalah cuma sekali dan tidak perlu lagi buat apa-apa bayaran selepas itu.
Terdapat pelbagai lagi pertanyaan yang di tanya, antaranya nak minta jika boleh nak masuk dan nak tengok dulu tempat jualan kenderaan LELONG ini. Jika boleh nak juga buat lawatan atau rombongan masuk ramai-ramai dan jika boleh nak bawa semua rakyat
Lagi pun mudah beli kenderaan pada dealer cuma perlu bayar sedikit deposit dan bayar bulan-bulan pada bank senang
Juga beberapa kali saya mendapat pertanyaan pembeli untuk mendapatkan kenderaan dengan "sambung bayar". Tidak ada proses sambung bayar kenderaan masih dalam pinjaman yang SAH. Jadi amalan sambung bayar adalah merupakan amalan bagaikan 'korek lubang, masuk dalam lubang dan tanam diri sendiri" pada pemilik asal kenderaan berkenaan. Jika saman JPJ dan POLIS akan di tanggung oleh pemilik asal dan jika pembeli ke 2 kenderaan berkenaan tidak membuat bayaran bulanan, pemilik asal tetap akan dihadapkan ke mahkaman dan pelbagai perkara boleh berlaku. Kerana apabila kenderaan di beli dengan pinjaman bank, kenderaan berkenaan akan di daftarkan atas nama pembeli dan di daftarkan pada JPJ sebagai 'dituntut oleh'. Selagi kenderaan berkenaan tidak dibuat bayaran sepenohnya, kenderaan berkenaan tidak boleh dijual pada mana-mana pihak dan kenderaan berkenaan adalah milik bank berkenaan.
JADI JANGAN CARI MUDAH YANG DAPAT PADAH !!!.
Bagi tujuan "GUIDE" pembeli bukan saja boleh mendapatkan kenderaan untuk di gunakan sendiri tetapi juga untuk membuat 'part time' atau sampingan untuk jual kenderaan terpakai.

Jika nak di nyatakan mengenai kenderaan yang dijual secara LELONG ini rasanya terlalu panjang. Jika ada apa-apa yang anda perlu tahu, dicadangkan supaya terus CALL saya dan dapatlah kita terus berkomunikasi.
JUALAN LELONG KENDERAAN
movies di 'youtube'
http://www.youtube.com/lelongline
http://lelongline.blogspot.com
ü untuk ke pusat jualan kenderaan LELONG
ü CALL 013 255 2000 - Haji Nadzri
